Aku telah di tag oleh cik sri puan serrina untuk survey nie.

1. Name one person who made you laugh last night?
Sape eh?bebudak kat cf kot?..ramai sangat..

2. What were you doing at 0800?
Tengah tido pasal aku bangun kul 0830..ngeee

3. What were you doing 30 minutes ago?
Main pool ngan adik.

4. What happened to you in 2006?
Seyesly tak ingat, banyak sangat..tapi time tue aku kat Shah Alam..

5. What was the last thing you said out loud?
Layannnnn...(tengah mendj)

6. How many beverages did you have today?
Sikit..

7. What color is your hairbrush?
Tak gune pun..

8. What was the last thing you paid for?
Dunhill 14 rasenye..rm5.90

9. Where were you last night?
Kalau last night still kat kedai la tengah keje..

10. What color is your front door?
Pintu cermin...so takde kaler..

11. Where do you keep your change?
Dalam wallet ngan poket jeans..

12. What's the weather like today?
Cuaca kalau time time nie cerah la lagi..kekejap lagi tak sure..

13. What's the best ice-cream flavor?
Ntah..aku bukan suke sangat pun..

14. What excites you?
Bile orang nak banje makan kot.?hik hik hik.....

15. Do you want to cut your hair?
Rambut masih pendek..tapi aku dah shave janggut ngan misai.. :D

16. Are you over the age of 25?
Op kos la..dah matang siot!

17. Do you talk a lot?
Sumtimes..kalau kene ngan masenye la..

18. Do you watch the O.C.?
Nope..

19. Do you know anyone named Steven?
Aku ade la kenal..tapi tak sure lak diorang kenal aku ke tak.. :D

20. Do you make up your own words?
Ade kot..jap nak pikir..

21. Are you a jealous person?
Jeles bertempat okek..!

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'?
Aidil Adli Azmi, Atikah, Alysa, aaaaa banyak sangat...

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'?
Keon, kua, aaaaaa...seyesly blur nak pikir...

24. Who's the first person on your received call list?
Palie...(call kasitau harga motherboard)

25. What does the last text message you received say?
Nite² sayang, muahs, sweetdream (guess who?)

26. Do you chew on your straw?
Tak pernah buat pun..

27. Do you have curly hair?
Takdet!kompem²..

28. Where's the next place you're going to?
Masih dalam perancangan..tettt!

29. Who's the rudest person in your life?
Takyah citer la kot...

30. What was the last thing you ate?
Nasi putih, pajeri nanas, sayur kobeh, ikan cencaru..itu jer..

31. Will you get married in the future?
Insya'Allah..kalau sampai jodohnye nanti...

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Takde mase tengok wayang...sian tak?

33. Is there anyone you like right now?
Op kos la ade!..

34. When was the last time you did the dishes?
Lepas makan sebelum nak kuar rumah tadi...

35. Are you currently depressed?
Sekarang nie tak kot..ngeee..

36. Did you cry today?
Ape kes lak nak teriak arinie?

37. Why did you answer and post this?
Dah aku kene tagged...aku jawab je la..

38. Tag 6 people who would do this survey.
Lost, adik nana, atikah, diana, fa wasini ngan yatie..








Kepada yang telah di tag tue..sile buat survey anda okek!haha..kalau ade mase la..



NIDJI - BIARLAH
Aku sudah berlari mengejar yang tak pasti

Mengejar kamu hanya dirimu

Kulangsungkan hidupku

Kubisikkan cintaku

Hanya untukmu 2x
Tapi engkau terus pergi

Tapi engkau terus berlari

Jadi biarkanlah aku disini
Biarlah ku rela

Melepasmu

Meninggalkan aku

Berikanlah aku

Kekuatan untuk lupakanmu

Kau jauh dariku
Kau tetap menjauh
Dari aku
Biarlah kurela
Melepasmu
Meninggalkan aku
Berikan lah aku
Kekuatan untuk lupakanmu

Wooooooo

Oh no, oh no, oh no
Pesanan Penting Untuk Si Gadis @ Sedara Perempuan Anda.

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki di sebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.

Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol perogol dan kemudian mencuci mereka.

Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk mencuci haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah dating dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si mangsa, kemudian mangsa tersebut tidak sedar apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan mencuci agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan si perogol tidak bimbang sekiranya perlu menjalani ujian air mani ataupun DNA.

Kesan dadah ini adalah KEKAL terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, mana mana wanita yang mengambilnya pasti TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA BILA.

Si Perogol boleh memperolehi dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Azila Bakri,
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM )



Central 4, 1-1-1,
HigashiTsukuba City,
Ibaraki Pref305-8562
JAPAN.

Interview With Ultraman

Me: Konichiwa, Ultraman-san!

Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?

Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?

Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people died.

Me: The monster killed so many?

Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?

Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?

Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!

Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the Ultra-Gods, my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.



Me: What about Taro?

Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?

Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic shit.

Me: Wow, marahnya Ultraman.

Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.

Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?

Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a superhero too?

Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.

Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.




At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!

Info: 0124474707 (abe) 0129252786 (yatie)
Email:
aidilazmi1@gmail.com

Sama Sama Kita Doakan Agar Adik Sharlinie Selamat Pulang Ke Pangkuan Keluarganya. Amin.

Buku motivasi Susah Tapi Boleh dari Pusat Pengembangan Sains Minda Dinamik telah membantu saya, seorang anak Melayu Malaysia yang hampir kecewa dengan banyaknya mengalami kegagalan.

Motivasi yang diberi oleh Pusat Pengembangan Sains Minda Dinamik sangat-sangat membuka fikiran saya kepada peluang baru yang selama ini saya tidak pernah nampak. Kerana itu agaknya orang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin dengan kesombongan.

Buku Susah Tapi Boleh yang berfikir untuk memajukan jiwa melayu ke arah semangat Malaysia Boleh, mengejar kekayaan sejati dan mulia. Mendesak kita semua mengejar kejayaan dengan apa cara sekalipun samada dengan Study Skills orang putih atau Kemahiran Belajar motivasi alihan pelajar Dr Asmadi atau sekadarmahu mula belajar pintar. Kita Melayu Malaysia boleh refomasi menjadi Cemerlang.

Pendidikan Pelajaran resmi bukannya akhir kepada pembelajaran tetapi belajar berterusan adalah pendidikan.
Haji Dharma Mulya is the only real Motivation by a Motivator. Counselling one self is the best Self help that you need to succeed.

Sahabat yang di kasihi,

Tahap pencapaian seorang manusia adalah dihadkan oleh pemikiran dan amalannya. Di mana-mana sahaja kelihatan manusia bekerja untuk mendapatkan pendapatan yang terhad dan terlalu sedikit mengejar yang lumayan. Setiap manusia ada arah tujuan dan matlamat yang ingin dicapai, tetapi tanpa pendapatan yang mencukupi akan menjadi terlalu sukar untuk menjadi kenyataan.

Kita hidup di negara yang terkaya di dunia. Negara yang dapat memberikan lebih banyak peluang pada hari ini berbanding hari-hari dahulu. Persoalannya, mengapa pula semakin ramai yang mengeluh kesempitan di dalam kehidupan sehingga menadah tangan mengharap ikhsan orang lain? Biarlah saya terangkan sedikit.

Pada saya mereka ini tidak memilih untuk mendesak diri sendiri supaya bangkit, mengatasi dan mengawasi kehidupan seharian. Mereka hidup setiap hari seolah-olah berhadapan dengan peluang terakhir untuk hidup. Dipenuhi dengan menikmati sekadar yang ada sahaja, membuang masa sambil berangan-angan dan omong kosong. Sebab itu terlalu ramai yang gagal dan yang berjaya hanya segelintir.

Adalah merupakan satu keaiban besar, apabila seorang manusia memiliki tubuh yang sihat, hidup di negara yang kaya dan mewah seperti Malaysia lalu bangkit di pagi hari mengucapkan, "...Satu hari lagi penuh penderitaan. Satu hari lagi penuh kemalasan untuk diriku. Tiada harapan …aahhh …aku telahpun mencuba."

ANDA adalah PENCIPTA pencapaian kehidupan sendiri. Anda diberikan hak oleh Allah SWT untuk meminta dan mencipta kejayaan sendiri. Mintalah sesuatu yang lumayan dan berubahlah bersama tindakan segera tanpa mengenal apa itu erti tewas dan kekecewaan.

Hari ini anda mesti mula berjaya. Kenapa anda perlu berjaya? Jawapannya, kerana anda seorang yang bebas. Tahukah anda apa erti kebebasan? Kebebasan ertinya anda mempunyai pilihan untuk menentukan kehidupan yang diingini. Untuk berjaya meninggalkan nama murni. Tidak melakukan sesuatu kerana ditekan keadaan.

Mempunyai rumah idaman. Untuk memenuhi kehendak anak-anak tanpa merosakkan. Untuk memberi tanpa mengharapkan balasan. Untuk menjadi orang berada bukan cukup makan.

Oleh itu anda mesti berjaya SEKARANG juga dan selamanya. Sekiranya hanya satu permintaan yang boleh saya minta dari kehidupan ini, maka ia pasti berbunyi begini:

Akan tiba masanya nanti, saya melihat masyarakat saya berkata,
"Saya menjadi kaya kerana tindakan sendiri bukan kerana desakan mahupun ikutan."
"Saya menjadi hebat kerana yakin bahawa diri saya bertanggung jawab terhadap kehidupan saya sendiri.""Saya juga adalah penyebab kejayaan keturunan saya esok hari."

Haji Dharma Mulya

  • Allah Yang Maha Pemurah, terima kasih, Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.

  • Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama. Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama. Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud dihadapan-Mu, Sucikanlah hatiku yaa Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan ketentuan-Mu dalam hidupku.

  • Yaa Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindu akan kehadirannya. Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku. Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari-Mu. Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

  • Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, yaa Allah, tolonglah satukan hati kami. Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya. Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana aku telah Kau ciptakan. Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan duka dengannya.

  • Yaa Allah Maha Pengasih, dengarlah doa ku ini. Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu. Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untukku. Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya. Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan, yaa Allah.

  • Amin....


  • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan titah perintah diri sendiri, saya Raja Ego ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga diri anda diberkati dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Menghayati Raya Korban / Haji

  • Aidil Adha disebut juga Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ketika itu, sejak malam 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, ummat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang mulia ini dengan takbir, tauhid dan tahmid.
  • Bagi mereka yang ada kemampuan disembelih korban dan dengannya di bahagi-bahagikan terutama sekali kepda fakir miskin, sebagai tanda pengabdian yang tulus dan ikhlas dengan niat mencari keredhaan Allah.
  • Ibadah haji salah satu rukun Islam yang wajib kepada mereka yang mampu sekali seumur hidup. Di dalamnya banyak terkandung pelajaran, pendidikan dan pengalaman yang sangat berguna bagi kita yang mengerjakannya, Allah berfirman yang maksudnya:
  • “Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus (kerana jauh perjalanan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh . Supaya mereka menyaksi berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah anugerahkan kepada mereka, berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah makan orang-orang yang sengsara dan fakir.”(Surah Al-Hajj:27-28)
  • Berbagai-bagai manfaat dapat kita perolehi apabila kita menunaikan ibadah haji secara baik menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, antaranya ialah:
  • Dapat menanamkan rasa ukhuwwah Islamiyah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar dalam menghadapi segala kesukaran didalam mengerjakan sesuatu perkara, dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mempelajari adat istiadat dan keadaan bangsa-bangsa lainnya dari seluruh dunia.
  • Yang datang menunaikan ibadah haji itu terdiri dari ummat Islam dari berbagai-bagai bangsa dan suku dan dari berbagai-bagai tingkat. Walaupun demikian, dihadapan Allah, mereka sama-sama hamba Allah, sama-sama berpakaian ihram bagi lelaki, iaitu pakaian yang tidak berjahit serba putih yang sehelai disarungkan dan sehelai yang lainnya diselempangkan menutupi sebahagian tubuh.
  • Padang Arafah merupakan tempat mereka berkumpul, kaya dan miskin,pegawai tinggi ataupun rendah, semuanya bersaudara, merupakan satu ummat yang bersatu padu di bawah kalimah ‘Lailaahaillallah, Muhammadurrasulullah.”
  • Alangkah gembiranya hati jika memandang betapa banyaknya mereka yang datang ke tanah suci, semuanya memohon kepada Ilahi Rabbi semoga dilimpahi kurnia menurut apa yang mereka hajatkan. Dikala itu, berkumandanglah ucapan zikir, talbiah, tasbih, tahlil, tahmid, doa dan sebagainya.
  • Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya Aidilaldhamerupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.
  • Sewaktu Ismail telah dewasa dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,“Ketika anak itu pandai berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”(Surah As Sooffat:102-107)
  • Inilah sebahagian daripada pengorbanan yang telah diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mematuhi perintah Allah atau dengan kata lain pengorbanan seorang ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang sangat dikasihi dan Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia di atas perintah Allah dan dengan tidak ragu-ragu meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah itu dengan segera.
  • Akan tetapi Allah tidaklah seekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.
  • Semoga dalam menyambut Aidiladha dapatah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.
  • Semoga kita semua sedia untuk berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan Islam dan ummatnya.