Post info



Author: aku@ego ;)

Buku motivasi Susah Tapi Boleh dari Pusat Pengembangan Sains Minda Dinamik telah membantu saya, seorang anak Melayu Malaysia yang hampir kecewa dengan banyaknya mengalami kegagalan.

Motivasi yang diberi oleh Pusat Pengembangan Sains Minda Dinamik sangat-sangat membuka fikiran saya kepada peluang baru yang selama ini saya tidak pernah nampak. Kerana itu agaknya orang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin dengan kesombongan.

Buku Susah Tapi Boleh yang berfikir untuk memajukan jiwa melayu ke arah semangat Malaysia Boleh, mengejar kekayaan sejati dan mulia. Mendesak kita semua mengejar kejayaan dengan apa cara sekalipun samada dengan Study Skills orang putih atau Kemahiran Belajar motivasi alihan pelajar Dr Asmadi atau sekadarmahu mula belajar pintar. Kita Melayu Malaysia boleh refomasi menjadi Cemerlang.

Pendidikan Pelajaran resmi bukannya akhir kepada pembelajaran tetapi belajar berterusan adalah pendidikan.
Haji Dharma Mulya is the only real Motivation by a Motivator. Counselling one self is the best Self help that you need to succeed.

Sahabat yang di kasihi,

Tahap pencapaian seorang manusia adalah dihadkan oleh pemikiran dan amalannya. Di mana-mana sahaja kelihatan manusia bekerja untuk mendapatkan pendapatan yang terhad dan terlalu sedikit mengejar yang lumayan. Setiap manusia ada arah tujuan dan matlamat yang ingin dicapai, tetapi tanpa pendapatan yang mencukupi akan menjadi terlalu sukar untuk menjadi kenyataan.

Kita hidup di negara yang terkaya di dunia. Negara yang dapat memberikan lebih banyak peluang pada hari ini berbanding hari-hari dahulu. Persoalannya, mengapa pula semakin ramai yang mengeluh kesempitan di dalam kehidupan sehingga menadah tangan mengharap ikhsan orang lain? Biarlah saya terangkan sedikit.

Pada saya mereka ini tidak memilih untuk mendesak diri sendiri supaya bangkit, mengatasi dan mengawasi kehidupan seharian. Mereka hidup setiap hari seolah-olah berhadapan dengan peluang terakhir untuk hidup. Dipenuhi dengan menikmati sekadar yang ada sahaja, membuang masa sambil berangan-angan dan omong kosong. Sebab itu terlalu ramai yang gagal dan yang berjaya hanya segelintir.

Adalah merupakan satu keaiban besar, apabila seorang manusia memiliki tubuh yang sihat, hidup di negara yang kaya dan mewah seperti Malaysia lalu bangkit di pagi hari mengucapkan, "...Satu hari lagi penuh penderitaan. Satu hari lagi penuh kemalasan untuk diriku. Tiada harapan …aahhh …aku telahpun mencuba."

ANDA adalah PENCIPTA pencapaian kehidupan sendiri. Anda diberikan hak oleh Allah SWT untuk meminta dan mencipta kejayaan sendiri. Mintalah sesuatu yang lumayan dan berubahlah bersama tindakan segera tanpa mengenal apa itu erti tewas dan kekecewaan.

Hari ini anda mesti mula berjaya. Kenapa anda perlu berjaya? Jawapannya, kerana anda seorang yang bebas. Tahukah anda apa erti kebebasan? Kebebasan ertinya anda mempunyai pilihan untuk menentukan kehidupan yang diingini. Untuk berjaya meninggalkan nama murni. Tidak melakukan sesuatu kerana ditekan keadaan.

Mempunyai rumah idaman. Untuk memenuhi kehendak anak-anak tanpa merosakkan. Untuk memberi tanpa mengharapkan balasan. Untuk menjadi orang berada bukan cukup makan.

Oleh itu anda mesti berjaya SEKARANG juga dan selamanya. Sekiranya hanya satu permintaan yang boleh saya minta dari kehidupan ini, maka ia pasti berbunyi begini:

Akan tiba masanya nanti, saya melihat masyarakat saya berkata,
"Saya menjadi kaya kerana tindakan sendiri bukan kerana desakan mahupun ikutan."
"Saya menjadi hebat kerana yakin bahawa diri saya bertanggung jawab terhadap kehidupan saya sendiri.""Saya juga adalah penyebab kejayaan keturunan saya esok hari."

Haji Dharma Mulya