
Tapi engkau terus pergi
Biarlah ku rela
Kau tetap menjauh
Dari aku
Melepasmu
Meninggalkan aku
Berikan lah aku
Kekuatan untuk lupakanmu
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki di sebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.
Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol perogol dan kemudian mencuci mereka.
Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk mencuci haiwan besar.
Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah dating dan rogol.
Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si mangsa, kemudian mangsa tersebut tidak sedar apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan mencuci agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan si perogol tidak bimbang sekiranya perlu menjalani ujian air mani ataupun DNA.
Kesan dadah ini adalah KEKAL terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, mana mana wanita yang mengambilnya pasti TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA BILA.
Si Perogol boleh memperolehi dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus kampus.
Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.
Azila Bakri,
Social Worker,
All Women's Action Society (AWAM )

HigashiTsukuba City,
Ibaraki Pref305-8562
JAPAN.
Interview With Ultraman
Me: Konichiwa, Ultraman-san!
Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!
Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?
Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.
Me: Cool! So, what you been up to, dude?
Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people died.
Me: The monster killed so many?
Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.
Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?
Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!
Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?
Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.
Me: Wow!
Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the Ultra-Gods, my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.
Me: What about Taro?
Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.
Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?
Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic shit.
Me: Wow, marahnya Ultraman.
Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?
Me: Man, that is sad.
Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.
Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?
Ultraman: Adalah sikit-sikit.
Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a superhero too?
Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.
Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.
Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.
Buku motivasi Susah Tapi Boleh dari Pusat Pengembangan Sains Minda Dinamik telah membantu saya, seorang anak Melayu Malaysia yang hampir kecewa dengan banyaknya mengalami kegagalan.
Motivasi yang diberi oleh Pusat Pengembangan Sains Minda Dinamik sangat-sangat membuka fikiran saya kepada peluang baru yang selama ini saya tidak pernah nampak. Kerana itu agaknya orang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin dengan kesombongan.
Buku Susah Tapi Boleh yang berfikir untuk memajukan jiwa melayu ke arah semangat Malaysia Boleh, mengejar kekayaan sejati dan mulia. Mendesak kita semua mengejar kejayaan dengan apa cara sekalipun samada dengan Study Skills orang putih atau Kemahiran Belajar motivasi alihan pelajar Dr Asmadi atau sekadarmahu mula belajar pintar. Kita Melayu Malaysia boleh refomasi menjadi Cemerlang.
Pendidikan Pelajaran resmi bukannya akhir kepada pembelajaran tetapi belajar berterusan adalah pendidikan.
Haji Dharma Mulya is the only real Motivation by a Motivator. Counselling one self is the best Self help that you need to succeed.
Sahabat yang di kasihi,
Tahap pencapaian seorang manusia adalah dihadkan oleh pemikiran dan amalannya. Di mana-mana sahaja kelihatan manusia bekerja untuk mendapatkan pendapatan yang terhad dan terlalu sedikit mengejar yang lumayan. Setiap manusia ada arah tujuan dan matlamat yang ingin dicapai, tetapi tanpa pendapatan yang mencukupi akan menjadi terlalu sukar untuk menjadi kenyataan.
Kita hidup di negara yang terkaya di dunia. Negara yang dapat memberikan lebih banyak peluang pada hari ini berbanding hari-hari dahulu. Persoalannya, mengapa pula semakin ramai yang mengeluh kesempitan di dalam kehidupan sehingga menadah tangan mengharap ikhsan orang lain? Biarlah saya terangkan sedikit.
Pada saya mereka ini tidak memilih untuk mendesak diri sendiri supaya bangkit, mengatasi dan mengawasi kehidupan seharian. Mereka hidup setiap hari seolah-olah berhadapan dengan peluang terakhir untuk hidup. Dipenuhi dengan menikmati sekadar yang ada sahaja, membuang masa sambil berangan-angan dan omong kosong. Sebab itu terlalu ramai yang gagal dan yang berjaya hanya segelintir.
Adalah merupakan satu keaiban besar, apabila seorang manusia memiliki tubuh yang sihat, hidup di negara yang kaya dan mewah seperti Malaysia lalu bangkit di pagi hari mengucapkan, "...Satu hari lagi penuh penderitaan. Satu hari lagi penuh kemalasan untuk diriku. Tiada harapan …aahhh …aku telahpun mencuba."
ANDA adalah PENCIPTA pencapaian kehidupan sendiri. Anda diberikan hak oleh Allah SWT untuk meminta dan mencipta kejayaan sendiri. Mintalah sesuatu yang lumayan dan berubahlah bersama tindakan segera tanpa mengenal apa itu erti tewas dan kekecewaan.
Hari ini anda mesti mula berjaya. Kenapa anda perlu berjaya? Jawapannya, kerana anda seorang yang bebas. Tahukah anda apa erti kebebasan? Kebebasan ertinya anda mempunyai pilihan untuk menentukan kehidupan yang diingini. Untuk berjaya meninggalkan nama murni. Tidak melakukan sesuatu kerana ditekan keadaan.
Mempunyai rumah idaman. Untuk memenuhi kehendak anak-anak tanpa merosakkan. Untuk memberi tanpa mengharapkan balasan. Untuk menjadi orang berada bukan cukup makan.
Oleh itu anda mesti berjaya SEKARANG juga dan selamanya. Sekiranya hanya satu permintaan yang boleh saya minta dari kehidupan ini, maka ia pasti berbunyi begini:
Akan tiba masanya nanti, saya melihat masyarakat saya berkata,
"Saya menjadi kaya kerana tindakan sendiri bukan kerana desakan mahupun ikutan."
"Saya menjadi hebat kerana yakin bahawa diri saya bertanggung jawab terhadap kehidupan saya sendiri.""Saya juga adalah penyebab kejayaan keturunan saya esok hari."
Haji Dharma Mulya





